Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lapan Anggota Jsj Kl Terima Surat Penghargaan Kpn Tolak Wang Sogokan Hampir Rm40 Ribu

Published: 10 Dec 2020 10.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 10 Disember 2020 - Seramai lapan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menerima Surat Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dalam satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lapan-anggota-jsj-kl-terima-surat-penghargaan-kpn-tolak-wang-sogokan-hampir-rm40-ribu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:32 MYT

Kuala Lumpur, 10 Disember 2020 - Seramai lapan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menerima Surat Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dalam satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.

Mereka terdiri daripada Sarjan Alan Finian Lopez, Sarjan Rosmawati Jamil, Sarjan Kaharul Nizam Mohd Khalil, Koperal Azlan Mat Yusop, Koperal Noor Hafiz Zulkiflie, Koperal Muhammad Hazriman Ismail, Lans Koperal Muhammad Hashim dan Koperal Sokongan Mohd Jasrul Ikmal Jasmani.

Kesemua mereka mendapat penghargaan tersebut selepas menolak wang sogokan berjumlah RM38,945 oleh dua suspek semasa menjalankan operasi judi dalam talian, Op Dadu “Firestorm” di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 17 Oktober lalu. Wang tersebut adalah sebagai imbuhan kepada pihak polis agar tidak membuat tangkapan terhadap kesemua empat suspek yang terlibat dalam operasi itu.

Tan Sri Abdul Hamid dalam ucapannya merakamkan jutaan tahniah kepada semua anggota tersebut kerana sentiasa berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas.

"Apa yang dilakukan ini (menolak rasuah) seharusnya menjadi teladan buat rakan-rakan seperjuangan yang lain agar tidak mudah terjerumus dengan perbuatan tidak bermaruah yang boleh merosakkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM), seterusnya masa depan kita," ujar beliau.

Beliau turut menyeru seluruh warga Pasukan agar terus memainkan peranan untuk sama-sama membendung gejala rasuah daripada menjadi amalan dalam kehidupan seharian dan perlu ditangani secara serius serta holistik dalam memacu PDRM ke arah penambahbaikan organisasi.

“Sebagai agensi penguatkuasa terulung di negara ini, kita seharusnya berpaksikan kepada integriti dan bebas sepenuhnya daripada terlibat dengan amalan terkutuk bagi mengelakkan persepsi buruk yang menjadi punca terhakisnya keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti PDRM dalam menjaga keamanan serta ketenteraman masyarakat,” jelasnya lagi.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin, Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Dato’ Dev Kumar M.M. Sree, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, para pegawai kanan dan wakil media.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima Surat Penghargaan KPN dan semoga dengan penghargaan tersebut akan menyuntik semangat kalian untuk terus menabur khidmat dengan penuh iltizam dalam usaha membendung aktiviti jenayah di negara ini.

Lapan Anggota Jsj Kl Terima Surat Penghargaan Kpn Tolak Wang Sogokan Hampir Rm40 Ribu
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Lapan Anggota Jsj Kl Terima Surat Penghargaan Kpn Tolak Wang Sogokan Hampir Rm40 Ribu
Para penerima Surat Penghargaan KPN bergambar kenangan.

Lapan Anggota Jsj Kl Terima Surat Penghargaan Kpn Tolak Wang Sogokan Hampir Rm40 Ribu
Ucapan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Lapan Anggota Jsj Kl Terima Surat Penghargaan Kpn Tolak Wang Sogokan Hampir Rm40 Ribu
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan Surat Penghargaan kepada lapan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador beramah mesra bersama para penerima Surat Penghargaan KPN.
ArticlePublished 10 Dec 2020 10.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM