Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Langkah Keselamatan Sebelum Sewa Rumah

Published: 02 Oct 2025 1.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Orang ramai dinasihatkan untuk menitikberatkan beberapa langkah keselamatan sebelum mengambil keputusan untuk menyewa rumah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/langkah-keselamatan-sebelum-sewa-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:45 MYT
Kuala Lumpur, 2 Oktober 2025 - Kegiatan sebuah kilang haram yang memproses sisa elektronik (e-waste) di kawasan perindustrian di Gurun, Kedah, lumpuh selepas diserbu pihak berkuasa kelmarin, yang membawa kepada rampasan bernilai RM71.8 juta.

Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), SAC Rosli Md. Yusof berkata, serbuan pada jam 11 pagi itu dilakukan hasil risikan Cawangan Risik PSP Bukit Aman bersama PSP 3 Pulau Pinang dan Jabatan Alam Sekitar.

Berikutan itu, katanya, pihaknya menahan 21 pekerja bagi membantu siasatan.
“Daripada jumlah itu, seorang adalah lelaki tempatan, nianakala 20 lagi warga asing iaitu dari Pakistan, Bangladesh, India dan Myanmar yang dipercayai bekerja secara haram.

“Hasil pemeriksaan di dalam premis menemui longgokan kabel elektrik, tembaga, aluminium, komponen elektronik serta 1,043 beg berisi plastik,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran. 

May be an image of 1 person and text





ArticlePublished 02 Oct 2025 1.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM