Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Langgar Syarat Tiga Lelaki Asing Ditahan Dalam Op Pensura

Published: 06 Aug 2015 1.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tiga lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima semasa Op Pensura di perairan Batang Paloh, di sini, petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/langgar-syarat-tiga-lelaki-asing-ditahan-dalam-op-pensura
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:07 MYT

Sarikei, 31 Julai - Tiga lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima semasa Op Pensura di perairan Batang Paloh, di sini, petang semalam.

Komander PPM Wilayah Lima, ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, penahanan tiga lelaki warga asing berusia 23 hingga 28 tahun itu dibuat ketika pemeriksaan pihaknya ke atas sebuah kapal pasir di lokasi tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua warga India bersama seorang rakyat Indonesia yang ditahan itu memiliki dokumen pas atau permit kerja di atas kapal yang berlainan.

“Kesemua mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen, iaitu melanggar atau gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berkaitan dengan atau arahan yang diluluskan di atas mana-mana pas permit atau pas sempadan,” tambah beliau.

Mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Pusat Sarikei untuk tindakan lanjut.
Langgar Syarat Tiga Lelaki Asing Ditahan Dalam Op Pensura

ArticlePublished 06 Aug 2015 1.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM