Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Langgar Syarat Lesen 11 Individu Ditahan

Published: 24 Jun 2015 3.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Batu Maung, 24 Jun - Operasi Gelora yang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 di tiga lokasi berbeza berjaya menahan empat bot bersama 11 individu di perairan Pulau Pinang, pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/langgar-syarat-lesen-11-individu-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:37 MYT


Batu Maung, 24 Jun - Operasi Gelora yang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 di tiga lokasi berbeza berjaya menahan empat bot bersama 11 individu di perairan Pulau Pinang, pagi semalam.

Kesemua bot yang ditahan sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan yang jaraknya kurang daripada 5 batu nautika dari Rumah Api Pulau Rimau.

Menurut PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah kesemua yang ditahan berumur lingkungan 32 sehingga 63 tahun dan merupakan rakyat tempatan.

“Operasi yang dijalankan sekitar jam 4.30 sehingga jam 5 pagi telah menahan 11 lelaki yang terdiri daripada pemilik bot, tekong dan awak-awak selain dua buah bot pukat tunda dan pukat kenka serta sebuah vessel turut ditahan.

“Mereka ditahan kerana telah melanggar syarat lesen yang ditetapkan di bawah Seksyen 8(b) iaitu beroperasi pada waktu malam, jarak kurang dari 5 batu nautika serta beroperasi dalam perairan Pulau Pinang," katanya.

Turut dirampas beberapa peralatan yang digunakan untuk menangkap ikan antaranya segulung pukat, segulung tali dan dua unit pukat tunda.

ACP Mohd Yusof menegaskan bahawa pihaknya memandang serius kesalahan yang telah dilakukan oleh para nelayan yang melanggar syarat-syarat dalam lesen kerana tindakan tersebut boleh menjejaskan mata pencarian nelayan pinggir pantai dan tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pengusaha bot nelayan yang gagal mematuhi syarat-syarat penangkapan ikan sepertimana diperuntukkan dalam Akta Perikanan 1985.

Langgar Syarat Lesen 11 Individu Ditahan
ArticlePublished 24 Jun 2015 3.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM