Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kegiatan Curi Geng Jamil Tumpas Di Tangan Polis

Diterbitkan: 24 Jun 2015 3.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sekumpulan penjenayah yang dikenali sebagai 'Geng Jamil' tumpas di tangan polis Sabak Bernam apabila ketuanya seorang pengawal keselamatan dan tiga orang ahlinya yang penganggur pula ditahan dalam satu operasi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kegiatan-curi-geng-jamil-tumpas-di-tangan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:06 MYT

Sekumpulan penjenayah yang dikenali sebagai 'Geng Jamil' tumpas di tangan polis Sabak Bernam apabila ketuanya seorang pengawal keselamatan dan tiga orang ahlinya yang penganggur pula ditahan dalam satu operasi.

Geng ini telah melakukan hampir 60 kes pecah rumah di daerah tersebut sejak setahun yang lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, hasil penahanan mereka semua telah membolehkan pihak polis menjumpai semula barang-barang kes yang pernah dikebas oleh mereka seperti televisyen, barang kemas, komputer riba, surat gadaian berharga, telefon bimbit dan bermacam lagi dengan nilai lebih kurang RM100,000.

Sumber: Utusan Malaysia

Kegiatan Curi Geng Jamil Tumpas Di Tangan Polis
ArtikelDiterbitkan 24 Jun 2015 3.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM