Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Langgar Peraturan Jalan Raya Kenapa Perlu Sampai Nak Cekak Leher Baju Polis

Diterbitkan: 01 Nov 2017 7.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Nilai, 1 November 2017 - Seorang juruhebah ditahan polis selepas lari dari sekatan jalan raya dan mencederakan anggota polis, dalam kejadian di Persiaran Bandar di sini, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/langgar-peraturan-jalan-raya-kenapa-perlu-sampai-nak-cekak-leher-baju-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:48 MYT

Nilai, 1 November 2017 - Seorang juruhebah ditahan polis selepas lari dari sekatan jalan raya dan mencederakan anggota polis, dalam kejadian di Persiaran Bandar di sini, petang semalam.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 33 tahun yang berasal dari Labu di sini, memecut kereta selepas menghampiri sekatan jalan raya.

Katanya, seorang anggota yang bertindak mengejar suspek, berjaya menahannya berhampiran Rumah Rakyat Nilai dan mengarahkan lelaki itu membuka tingkap dan pintu tetapi dia tidak mendapat kerjasama.

"Bagaimanapun, tidak lama kemudian suspek keluar dari kereta dan bertindak mencekak leher baju anggota polis hingga cedera.

"Orang awam yang berada di kawasan itu kemudian membantu meleraikan pergaduhan itu dan menahan suspek," katanya di sini, hari ini.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Nilai dan siasatan mendapati lesen memandu serta cukai jalan lelaki itu tamat tempoh, selain memotong di garisan berkembar dan tidak berhenti di lampu isyarat.

Ujian air kencing terhadap suspek mendapati negatif, namun suspek mempunyai kesalahan lampau kerana menyebabkan kecederaan.

Katanya, suspek kini ditahan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Sumber: Berita Harian Online

ArtikelDiterbitkan 01 Nov 2017 7.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM