Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Langgar Akta Perikanan Empat Warga Myanmar Ditahan

Diterbitkan: 06 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang tekong dan tiga anak kapal nelayan warga Myanmar ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Kelang dalam satu operasi di perairan Bagan Tengkorak, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/langgar-akta-perikanan-empat-warga-myanmar-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:25 MYT

Kuala Selangor, 6 Oktober- Seorang tekong dan tiga anak kapal nelayan warga Myanmar ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Kelang dalam satu operasi di perairan Bagan Tengkorak, di sini, malam tadi.

Timbalan Komander PPM Wilayah 1, Supt. Dimin Awang berkata, keempat-empat mereka ditahan kerana didapati melanggar syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan Jabatan Perikanan Malaysia.

Menurut beliau, pasukannya telah memeriksa kapal nelayan terbabit dan mendapati ia berada di jarak yang tidak dibenarkan untuk menangkap ikan.

"Kita (polis) juga dapati kapal nelayan terbabit telah menggunakan tekong dan anak kapal warga asing tanpa mendapat kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia," katanya.

Kesemua yang ditahan bersama kapal nelayan mereka telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan Pelabuhan Klang untuk disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.
Langgar Akta Perikanan Empat Warga Myanmar Ditahan

ArtikelDiterbitkan 06 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM