Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lampu Isyarat Lancarkan Trafik Di Kawasan Pelancongan Di Mel

Published: 17 Jun 2014 7.22 AM Updated: 15 Aug 2026 7.45 PM
Beliau berkata sebagai contoh, bilangan kenderaan melepasi persimpangan Plaza Wang dapat dipertingkat 20 peratus kepada 60,440 buah berbanding 48,269 buah dan masa menunggu dikurangkan kepada 191 saat..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lampu-isyarat-lancarkan-trafik-di-kawasan-pelancongan-di-mel
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:29 MYT

Melaka, 12 Julai - Masalah kesesakan trafik di kawasan pelancongan di Melaka dijangka dapat diatasi dengan pemasangan lampu isyarat dan menaik taraf yang sedia ada yang dijadual minggu depan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Merdeka bernilai RM130,300 akan bermula Rabu depan dan dijangka beroperasi 14 Ogos ini.

"Langkah menaik taraf lampu isyarat simpang empat Taman Malinja akan dilaksana Isnin depan dan dijangka dapat mengurangkan masa menunggu sebanyak 25 peratus, iaitu daripada 295 saat kepada 220 saat," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Langkah menaik taraf lampu isyarat itu akan melancarkan trafik di Lebuh AMJ dari Muar yang merupakan antara pintu masuk ke Melaka, manakala pemasangan lampu isyarat di Jalan Merdeka akan melicinkan aliran trafik di Bandar Hilir yang sering sesak pada hujung minggu.

Ditanya pemasangan lampu isyarat di Jalan Merdeka akan turut melancarkan trafik di Jalan Hang Jebat yang menempatkan pasar malam Jonker Walk, Salehhudin berkata isu kesesakan di kawasan itu melibatkan banyak faktor.

"Antaranya tempat letak kereta dan aliran trafik di kawasan itu, bukan letak lampu isyarat boleh licinkan kesemuanya," kata beliau.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (Lalu Lintas) Mazlan Mohd Said yang turut hadir, berkata langkah menaik taraf sistem lampu isyarat di simpang empat Taman Malinja adalah susulan kejayaan pelaksanaan di simpang empat Plaza Wang serta Melaka Sentral.

Beliau berkata sebagai contoh, bilangan kenderaan melepasi persimpangan Plaza Wang dapat dipertingkat 20 peratus kepada 60,440 buah berbanding 48,269 buah dan masa menunggu dikurangkan kepada 191 saat berbanding 243 saat sebelum ini.

"Dengan perlaksanaan di lokasi ketiga di kawasan Lebuh AMJ ini diharap dapat memberi kesan ketara pada aliran lalu lintas terutama ke laluan bandar pada hujung minggu atau cuti umum," katanya.

Mazlan berkata langkah menaik taraf sistem lampu isyarat di ketiga-tiga persimpangan yang melibatkan kos keseluruhan RM110,000 itu juga akan dilaksana di Jalan Mufti Haji Khalil berhampiran Masjid Al-Azim jika keadaan memerlukan. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.22 AMUpdated 15 Aug 2026 7.45 PM