Polis
Melaka mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dalam usaha memberi
kesedaran kepada orang ramai mengenai tanggungjawab dalam konteks
pencegahan jenayah.
Baru-baru
ini melalui Program Community Policing, seorang lelaki yang berpakaian
seperti watak adiwira terkenal 'Iron Man' secara sukarela membantu pihak
polis mengedarkan risalah pencegahan jenayah kepada orang ramai di
kawasan tumpuan pelancong iaitu di Menara Taming Sari, A' Famosa dan Dataran Pahlawan, Melaka.
Rata-rata
pengunjung begitu teruja dengan kehadiran adiwira itu dan memuji
pendekatan kreatif PDRM dalam memupuk sikap kerjasama antara polis
dengan masyarakat dan mencegah dan membanteras jenayah.
Program
tersebut diketuai oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah iaitu ACP
Salehuddin Bin Hj Ab Rahman juga pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat
Polis Daerah Melaka Tengah.

Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Iron Man Bantu Pdrm Cegah Jenayah
Baru-baru ini melalui Program Community Policing, seorang lelaki yang berpakaian seperti watak adiwira terkenal 'Iron Man' secara sukarela membantu pihak polis mengedarkan risalah pencegahan jenayah k..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/iron-man-bantu-pdrm-cegah-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.