Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lagi Sindiket Dadah Lumpuh

Diterbitkan: 17 Jun 2014 5.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Serbuan polis di 4 lokasi berbeza sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang pada 21 dan 22 Jun lalu berjaya merampas 11.4 kg heroin bes, 75.5 kg heroin no.3, 1.8 kg syabu, 49 kg serbuk kafein, 2,030 biji ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-sindiket-dadah-lumpuh-20140617
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:10 MYT

BUKIT AMAN, 24 JUN – Tangkapan terhadap 6 individu telah berjaya membawa pihak polis kepada penemuan dadah bernilai RM 3.6 juta, sekaligus melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Serbuan polis di 4 lokasi berbeza sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang pada 21 dan 22 Jun lalu berjaya merampas 11.4 kg heroin bes, 75.5 kg heroin no.3, 1.8 kg syabu, 49 kg serbuk kafein, 2,030 biji pil eramin, sepucuk pistol model ‘Colt’ bersama 19 butir peluru.

Polis turut berjaya membongkar sebuah makmal haram memproses heroin dan dua buah stor simpanan dadah di lokasi-lokasi berkenaan.

Serbuan pertama di sebuah rumah di Bandar Puchong Jaya, Selangor pada 21 Jun berjaya menahan seorang lelaki berbangsa India dan hasil maklumat suspek, polis berjaya menemui stor simpanan dadah di sebuah rumah di Subang Jaya, Selangor bersama 14 paket dadah syabu seberat 1.3 kg serta 5 paket dadah heroin seberat 952 gram.

Dalam serbuan kedua pada 22 Jun, JSJN Bukit Aman telah menangkap seorang lelaki berbangsa India dalam sebuah rumah di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan merampas sepucuk pistol model Colt bersama 19 butir peluru.

Hasil pemeriksaan, polis telah menjumpai 4 beg yang mengandungi 100 bungkusan plastik berisi heroin seberat 45.6 kg di ruang simpanan belakang kereta di hadapan rumah terbabit dan hasil daripada tangkapan ini juga, sebuah lagi stor simpanan dadah di sebuah unit kondo di Petaling Jaya berjaya ditemui bersama 59 paket heroin seberat 26.2 kg serta 2,030 biji pil eramin.

Pada hari yang sama, di Pulau Pinang, tangkapan ke atas dua pasangan - 2 lelaki Melayu, seorang wanita Melayu dan seorang wanita Indonesia oleh JSJN Bukit Aman di dua lokasi berasingan di Butterworth dan di Jalan Sungai, Georgetown telah membawa kepada pembongkaran sebuah makmal dadah haram di jalan Harbour Place, Butterworth.

Hasil pemeriksaan, pihak polis berjaya merampas sejumlah 30 ketulan heroin bes seberat 11.4 kg, 2.7 kg heroin no.3, 2 bungkusan plastik serbuk kafein seberat 49 kg dan beberapa jenis bahan kimia untuk memproses dadah.

Polis turut membuat sitaan harta kepunyaan sindiket-sindiket tersebut berupa 4 buah kenderaan (BMW, Volkswagon, Honda dan Misubishi), wang tunai RM551,840, Thai Baht 186,000, dan beberapa barang kemas.

Kesemua suspek berumur lingkungan 24 hingga 52 tahun dan disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori disabitkan kesalahan.

Lagi Sindiket Dadah Lumpuh

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 5.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM