Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lagi Sindiket Dadah Di Pulau Pinang Tumpas

Published: 08 Jul 2018 4.18 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Pulau Pinang, 8 Julai 2018 - Satu lagi sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah membabitkan nilai puluhan juta berjaya ditumpaskanpolis negeri ini kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-sindiket-dadah-di-pulau-pinang-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:59 MYT

Pulau Pinang, 8 Julai 2018 - Satu lagi sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah membabitkan nilai puluhan juta berjaya ditumpaskanpolis negeri ini kelmarin.

Dalam serbuan terbaharu di empat lokasi berbeza di negeri ini dan Kedah,polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 306 kilogram dengan nilai kira-kira RM15.3 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, turut ditahan dalam operasi bermula pukul 2 petang hingga 9 malam itu ialah seramai enam individu berusia 19 hingga 37 tahun termasuk seorang wanita 30 tahun.

“Dadah berkenaan yang dibungkus di dalam bungkusan teh Cina dipercayai untuk dipasarkan di negeri ini dan negara jiran.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 38B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis kontijen negeri di sini pagi ini. - UTUSAN ONLINE

ArticlePublished 08 Jul 2018 4.18 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM