Lagi Polis Dirempuh Mat Rempit Motosikal Polis Ditendang
Seorang anggota polis berpangkat Konstabel cedera pada mulut dan tangan selepas tersembam di atas jalan raya setelah dirempuh oleh sebuah motosikal yang dipercayai berlumba haram di Melaka.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang, DSP Zainal Mohamed berkata, kejadian jam 2 pagi itu berlaku setelah mat rempit tersebut panik melihat kehadiran polis yang sedang melakukan operasi di laluan lumba haramnya itu.
Anggota yang cedera itu dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah setelah mat rempit tersebut berjaya melepaskan diri.
Dalam pada itu, seorang remaja berusia 16 tahun bertindak menendang motosikal polis yang mengarahkannya berhenti sebagai usaha untuk meloloskan diri dari ditahan pihak polis.
Pelajar sebuah sekolah menengah di Melaka itu walaubagaimanapun berjaya ditahan untuk membantu siasatan polis.
Sumber: Kosmo