Sibu, 2 Julai - Usaha seorang lelaki menyembunyikan diri di dalam sebuah bot ekpress tidak berhasil apabila ditahan sepasukan Polis Marin (PPM) yang sedang menjalankan operasi di perairan Tanjung Malim, Kampung Datu, Batang Igan, di sini, pagi semalam.
Suspek yang ditemui telah bersembunyi di dalam sebuah bilik enjin bot bagi mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa.
Menurut Komander PPM Wilayah 5, ACP Kalai Chelvan Nadarajan, pemeriksaan ke atas lelaki tersebut didapati gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Suspek yang merupakan warga Indonesia itu, kini ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.