Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lagi Penjenayah Kejam Ditembak Polis

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Polis menembak mati tiga penjenayah bersenjata api yang amat dikehendaki dalam kejadian berbalas tembakan ketika suspek cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan Intan, di pekan Gerik awal pagi semalam. Suspek disyaki terbabit dalam beberapa kes jenayah sebelum ini, termasuk kes bunuh seorang peniaga nasi kukus di Paka, Terengganu pada Ogos lalu serta dua cubaan membunuh. Ketia-tiga suspek sekurang-kurangnya
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-penjenayah-kejam-ditembak-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:27 MYT

Polis menembak mati tiga penjenayah bersenjata api yang amat dikehendaki dalam kejadian berbalas tembakan ketika suspek cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan Intan, di pekan Gerik awal pagi semalam. Suspek disyaki terbabit dalam beberapa kes jenayah sebelum ini, termasuk kes bunuh seorang peniaga nasi kukus di Paka, Terengganu pada Ogos lalu serta dua cubaan membunuh. Ketia-tiga suspek sekurang-kurangnya terbabit dalam enam kes sebelum ini seperti samun senjata api, bunuh dan mencuri kenderaan mewah. Polis masih menjalankan siasatan lanjut, termasuk mengesan baki ahli kumpulan itu jika ada. Kesemua anggota dan pegawai polis yang terbabit dalam kejadian berbalas tembakan terselamat.

Lagi Penjenayah Kejam Ditembak Polis

Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM