Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lagi Pengedar Dicekup Miliki Dadah Dan Motosikal Curi

Published: 13 Aug 2014 1.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pemeriksaan selanjutnya pihak Polis terhadap kenderaan motosikal yang digunakan oleh saspek didapati motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dilaporkan hilang berkait Parit Jawa pada 1 Jun 2014 lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-pengedar-dicekup-miliki-dadah-dan-motosikal-curi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:10 MYT
Parit Jawa, 12 Ogos - Polis Daerah Muar terus memerangi musuh negara najis dadah. Seorang lelaki miliki dadah diberkas dan bersamanya termasuk sebuah motosikal curi dalam operasi terkini di Parit Yusof, Parit Jawa. 

Dalam kejadian jam 2.15 petang semalam, semasa Ketua Polis Balai, Parit Jawa Sarjan Mejar Roslan bin Md. Piah bersama anggota Balai Polis Parit Jawa membuat rondaan di kawasan taman di Parit Yusof, telah menahan seorang lelaki menaiki sebuah motosikal. Pemeriksaan ke atas lelaki tersebut menjumpai satu paket di percayai dadah jenis heroin dalam bag sandang saspek. 

Pemeriksaan selanjutnya pihak Polis terhadap kenderaan motosikal yang digunakan oleh saspek didapati motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dilaporkan hilang berkait Parit Jawa pada 1 Jun 2014 lalu.

Hasil daripada siasatan awal yang dijalankan, saspek adalah pengedar dadah di sekitar Semerah dan Parit Sulong, saspek juga di percayai telah mengaku memperolehi motosikal curi dari seseorang. 

Polis menangkap saspek bersama rampasan dipercayai dadah dan motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibawah Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman bin Ayob berkata, 'Saspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan yang dijalankan pihak Polis termasuk mengenalpasti sumber motosikal dan dadah diperolehi.' Polis akan teruskan usaha memerangi dadah habis-habisan khususnya pengedar yang beroperasi sekitar Daerah Muar, tambah beliau lagi.

Lagi Pengedar Dicekup Miliki Dadah Dan Motosikal Curi
Sumber: IPD MUAR
ArticlePublished 13 Aug 2014 1.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM