Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lagi Kejayaan Pdrm Menumpaskan Jenayah Penipuan

Published: 11 Jun 2014 2.33 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Berdasarkan kepada maklumat daripada orang awam, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor pada 29 April lalu telah membuat serbuan di sebuah premis di Subang Jaya..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-kejayaan-pdrm-menumpaskan-jenayah-penipuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:30 MYT
Shah Alam, 5 Mei 2011 - Berdasarkan kepada maklumat daripada orang awam, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), IPK Selangor pada 29 April lalu telah membuat serbuan di sebuah premis perniagaan di Subang Jaya, Selangor dan berjaya menumpaskan satu kes penipuan yang dikenali sebagai 'Fly by Night' dengan tertangkapnya tiga lelaki warganegara tempatan berumur lingkungan 30 hingga 58 tahun bersama barang rampasan antaranya 200 gulung pipe, 7 telefon bimbit pelbagai jenis, 2 komputer riba berjumlah RM 55,000.
 
 
Difahamkan salah seorang suspek yang berumur 42 tahun juga dikehendaki dalam satu kes penipuan di Johor sejak tahun 2004 dan siasatan terhadap kes penipuan 'Fly By Night' ini bermula sejak tahun 2009.
 
 
Siasatan ini dijalankan ekoran daripada laporan yang diterima daripada beberapa syarikat perniagaan yang menjadi mangsa penipuan oleh sindiket ini yang bergerak cergas di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjung.
 
 
Modus operandi sindiket ini adalah dengan menubuhkan sebuah syarikat perniagaan dan berhubung dengan syarikat pembekal bagi membuat pesanan barangan. Setelah persetujuan harga dicapai, mangsa akan diarahkan untuk membuat penghantaran barangan tersebut dan sindiket ini akan membuat pembayaran menggunakan POST-DATED cek kepada pembekal yang mengambil masa antara 7 hingga 30 hari. Barangan tempahan tersebut kemudiannya dihantar ke alamat seperti mana yang diarahkan dan syarikat mangsa akan menunaikan cek tersebut dan dimaklumkan oleh pihak bank bahawa akaun itu sudah ditutup kerana tidak mempunyai wang dan syarikat suspek (sindiket tersebut) tidak lagi beroperasi dan gagal dihubungi. Suspek kemudiannya akan menubuhkan syarikat lain dan beroperasi di tempat baru.
 
 
Dalam satu kes yang berasingan, satu serbuan turut dibuat di Desa Aman Puri Kepong, Kuala Lumpur di mana pihak polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan yang didalangi oleh 6 orang termasuk 2 warganegara tempatan,  2 warga Nigeria serta 2 warga Bangladesh.
 
 
Polis turut merampas sejumlah wang tunai RM 15,163 bersama harta rampasan 18 keping kad ATM, 7 telefon bimbit dan sebuah komputer riba dalam serbuan tersebut.
 
 
Dalam satu sidang media yang dikendalikan oleh YDH Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM di Pusat Media IPK Selangor berkata, mangsa telah berkenalan dengan suspek bernama Alex Bob melalui Facebook. Suspek telah memperdaya mangsa dengan memberitahu mendapat projek dengan Petronas Kerteh Terengganu dan mempunyai baki pembayaran daripada Petronas berjumlah RM 4,632,778.25 dan mengatakan tidak mempunyai akaun di Malaysia dan mahu menggunakan akaun mangsa sebagai penerima, seterusnya suspek telah menunjukkan salinan cek pembayaran ke akaun mangsa.
 
 
Untuk membolehkan mangsa menunaikan cek tersebut, mangsa dikehendaki membayar insurans, duti setem dan pelbagai bayaran lain ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek. Mangsa telah memasukkan wang ke dalam akaun tesebut secara berperingkat yang keseluruhannya berjumlah RM 1,110,350 secara pinjaman daripada rakan-rakan mangsa.
 
 
YDH Dato' Wira Syed Ismail mengakhiri sidang media pada hari ini dengan pesanan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa berurusan dengan individu yang tidak dikenali terutama yang melibatkan urusan kewangan melalui laman web media sosial.
 
 
Lagi Kejayaan Pdrm Menumpaskan Jenayah Penipuan
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan semasa sidang media.
 
Lagi Kejayaan Pdrm Menumpaskan Jenayah Penipuan
YDH DSP Ng Thean Leng menunjukkan barang rampasan kepada YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil CP Dato' Wira Syed Ismail dan YDH Ketua Polis Selangor DCP Dato' Tun Hisan.
 
Lagi Kejayaan Pdrm Menumpaskan Jenayah Penipuan
Antara wakil-wakil media yang hadir.
 
Wartawan   :    L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
Jurufoto    :    Konst. Raymond
Penyunting :    F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan
ArticlePublished 11 Jun 2014 2.33 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM