Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lagi Geng Curi Motosikal Ditumpaskan Polis

Diterbitkan: 24 Aug 2016 3.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Satu sindiket curi motosikal yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan jenayah itu di Sibu, Sarawak lumpuh apabila polis menahan enam suspek di sebuah ladang kelapa sawit di Kilometer 21, Jalan Sibu-Bintulu dekat Kuching mulai 18 Ogos lalu hingga semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-geng-curi-motosikal-ditumpaskan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:23 MYT

Satu sindiket curi motosikal yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan jenayah itu di Sibu, Sarawak lumpuh apabila polis menahan enam suspek di sebuah ladang kelapa sawit di Kilometer 21, Jalan Sibu-Bintulu dekat Kuching mulai 18 Ogos lalu hingga semalam.

Dalam serbuan berasingan itu, polis turut merampas semula 15 buah motosikal curi iaitu jenis Honda (11), Modenas (2), SYM (1) dan Moyaz (1) di pelbagai lokasi di ladang kelapa sawit berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dev Kumar berkata, kesemua suspek yang diberkas menerusi Op Lejang itu berusia antara 16 hingga 21 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana me-miliki barangan curi.

Sumber: Kosmo

Lagi Geng Curi Motosikal Ditumpaskan Polis
ArtikelDiterbitkan 24 Aug 2016 3.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM