Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lagi Geng Afrika Buat Onar

Published: 16 Jun 2014 3.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Enam lelaki warga Afrika dan dua wanita tempatan, dipercayai kumpulan African Scam yang terbabit dalam penipuan dan dadah ditahan polis dalam satu serbuan di kediaman mewah sekitar Lembah Klang...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-geng-afrika-buat-onar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:23 MYT

Lagi Geng Afrika Buat Onar

LAGI GENG AFRIKA BUAT ONAR : Enam lelaki warga Afrika dan dua wanita tempatan, dipercayai kumpulan African Scam yang terbabit dalam penipuan dan dadah ditahan polis dalam satu serbuan di kediaman mewah sekitar Lembah Klang. 

Mereka yang kebiasaannya mensasarkan wanita untuk ditipu akan menggunakan ayat manis dalam beberapa siri godaan menerusi laman sosial. Selepas berjaya memikat hati mangsa, suspek kemudiannya berjanji akan memberikan hadiah barangan mahal termasuk wang tunai kepada mangsa.

Apabila bungkusan hadiah itu tiba di negara ini, mangsa kemudiannya akan dihubungi pegawai Imigresen palsu untuk memaklumkan supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu sebelum dapat menebus bungkusan itu yang kononnya mempunyai beberapa masalah terutamanya membabitkan kos duti kastam dan sebagainya. 

ArticlePublished 16 Jun 2014 3.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM