Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lagak Tunjuk Pistol Makan Diri

Published: 17 Jun 2014 5.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Niat untuk menunjuk lagak apabila berang diminta mengalihkan kenderaan nyata membawa padah buat seorang lelaki yang bertindak menunjukkan pistol kepada pengawal keselamatan sebuah hotel di Seri Kemban..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagak-tunjuk-pistol-makan-diri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:35 MYT

Niat untuk menunjuk lagak apabila berang diminta mengalihkan kenderaan nyata membawa padah buat seorang lelaki yang bertindak menunjukkan pistol kepada pengawal keselamatan sebuah hotel di Seri Kembangan, kelmarin.

Perbuatan lelaki berkenaan membawa padah apabila dia dan tiga lagi rakannya yang menginap di hotel terbabit ditahan polis.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, pengawal keselamatan bertugas memaklumkan kejadian kepada majikannya yang bertindak menghubungi polis dan seterusnya membawa kepada penahanan suspek di tepi keretanya.

Semakan awal polis mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kes ugut dan tipu.

Lagak Tunjuk Pistol Makan Diri

Sumber : Akhbar Sinar Harian

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM