Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lagak Saja Berani Mati

Published: 19 Jun 2014 3.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kapar - Sekumpulan empat penjenayah menaiki sebuah kereta bertindak nekad merempuh sekatan jalan raya diadakan anggota polis di Kampung Bukit Kuda di sini, sebelum cuba bersembunyi di sebuah masjid be..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagak-saja-berani-mati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:54 MYT

Kapar - Sekumpulan empat penjenayah menaiki sebuah kereta bertindak nekad merempuh sekatan jalan raya diadakan anggota polis di Kampung Bukit Kuda di sini, sebelum cuba bersembunyi di sebuah masjid berhampiran.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam Sabtu lalu, suspek yang menaiki kereta curi dikatakan terkejut sejurus terserempak sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara yang membuat sekatan jalan raya dalam Op Cantas Khas di kawasan itu.

Suspek kemudian nekad merempuh sekatan jalan raya itu dalam usaha untuk meloloskan diri walaupun cuba ditahan.

Anggota polis kemudian bertindak mengejar kereta penjenayah sebelum kenderaan dinaiki berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah masjid di Kampung Kuantan kira kira satu kilometer dari lokasi sekatan jalan raya.

Salah seorang daripada suspek berusia 22 tahun bagaimanapun berjaya diberkas selepas ditemui bersembunyi di dalam kawasan semak berhampiran.

Hasil pemeriksaan, polis menemui parang di dalam kereta itu selain beberapa telefon bimbit dan kad kredit yang dipercayai milik mangsa disamun. Suspek didapati turut menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kereta itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong mengesahkan penahanan suspek dan usaha memburu tiga lagi suspek masih diteruskan.

Lagak Saja Berani Mati
Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM