Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kursus Pengendalian Kenderaan Pacuan 4x4 Polis Wanita Cawangan Khas Siri 1 2012

Published: 12 Jun 2014 3.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada polis wanita khususnya Cawangan Khas untuk meningkatkan potensi diri dalam pengendalian dan pemanduan berhemah kereta pacuan empat roda (4x4), di ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kursus-pengendalian-kenderaan-pacuan-4x4-polis-wanita-cawangan-khas-siri-1-2012
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:48 MYT

oleh : Cawangan Khas Bukit Aman


Kuala Lumpur, 10 Nov - Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW) Jabatan Cawangan Khas telah menganjurkan Kursus Pengendalian Kenderaan Pacuan 4x4 Polis Wanita Cawangan Khas Siri 1/2012 bermula 4 hingga 9 November 2012 di Hutan Simpan Sg. Saruk, Chenderawasih, Rompin, Pahang.


Tujuan kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada polis wanita khususnya Cawangan Khas untuk meningkatkan potensi diri dalam pengendalian dan pemanduan berhemah kereta pacuan empat roda (4x4), di samping membina keyakinan diri, ketabahan, kecergasan dan seterusnya mempertingkatkan kewibawaan polis wanita dalam imej pasukan.


Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh para jurulatih dari Bahagian Pengajian Memandu Maktab Teknik PDRM, Bakri, Muar, JOHOR dan dibantu oleh pihak E1(M) Cawangan Khas, Bukit Aman dengan melibatkan seramai 16 orang peserta kursus iaitu 11 orang pegawai kanan dan 5 orang anggota polis wanita Cawangan Khas, Bukit Aman.


Semasa kursus, para peserta diberi pelbagai latihan mengendalikan kenderaan pacuan 4x4 termasuk pengendalian 'Winch Kit' semasa kenderaan sangkut dalam lumpuh, memandu pacuan 4x4 menyeberangi sungai, menaiki dan menuruni bukit yang curam serta menyeberangi sungai yang hanya disambung dengan kayu balak sahaja. Dengan syukurnya, kesemua peserta telah mengatasi cabaran tersebut dengan jayanya.


YDH SAC Hjh Siti Rohana bt Ahmad, Penasihat JPPPW Jabatan Cawangan Khas dalam amanatnya semasa majlis perjumpaan dengan para peserta kursus sebelum kursus tersebut bermula telah menyatakan bahawa kursus berkenaan adalah julung kali diadakan dalam sejarah PDRM yang hanya melibatkan polis wanita sahaja. Justeru, beliau berharap para peserta kursus dapat memberikan komitmen tinggi dengan kekuatan fizikal dan mental yang kental agar mengharungi segala cabaran yang akan dihadapi semasa kursus berlangsung.


Beliau juga berharap ilmu pengetahuan dan 'skill' pengendalian kenderaan pacuan 4x4 yang dibelajari oleh para peserta kursus dapat membina keyakinan dan ketabahan diri serta seterusnya diaplikasikan dalam kerjaya masing-masing.

Kursus Pengendalian Kenderaan Pacuan 4x4 Polis Wanita Cawangan Khas Siri 1 2012

Sorakan para peserta kursus sebelum bertolak ke Hutan Simpan Sg. Saruk, Chenderawasih, Rompin, Pahang.

Kursus Pengendalian Kenderaan Pacuan 4x4 Polis Wanita Cawangan Khas Siri 1 2012
Pemasangan khemah setiba di Hutan Simpan Sg. Saruk, Chenderawasih, Rompin, Pahang pada 5 November 2012

Kursus Pengendalian Kenderaan Pacuan 4x4 Polis Wanita Cawangan Khas Siri 1 2012
Latihan asas mendaki bukit.

Kursus Pengendalian Kenderaan Pacuan 4x4 Polis Wanita Cawangan Khas Siri 1 2012
Latihan menaiki bukit yang curam

Kursus Pengendalian Kenderaan Pacuan 4x4 Polis Wanita Cawangan Khas Siri 1 2012
Latihan menyeberangi sungai

Kursus Pengendalian Kenderaan Pacuan 4x4 Polis Wanita Cawangan Khas Siri 1 2012
Latihan menyeberangi sungai yang disambung dengan kayu balak

Kursus Pengendalian Kenderaan Pacuan 4x4 Polis Wanita Cawangan Khas Siri 1 2012
Bergambar kenangan sebelum balik ke Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar pada 8 November 2012

Kursus Pengendalian Kenderaan Pacuan 4x4 Polis Wanita Cawangan Khas Siri 1 2012
Sesi bergambar semasa majlis penutupan kursus di Maktab Teknik PDRM, Bakri, Muar pada 9 November 2012
ArticlePublished 12 Jun 2014 3.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM