Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kursus Keluarga Sakinah Meniti Usia Emas

Diterbitkan: 10 Jun 2014 7.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman dengan kerjasama Masjid Bukit Aman telah menganjurkan Kursus Modul Keluarga Sakinah 'Meniti Usia Emas' di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman pada pagi in..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kursus-keluarga-sakinah-meniti-usia-emas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:04 MYT
Bukit Aman, 19 Januari 2011 bersamaan 1432 Hijrah.

Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman dengan kerjasama Masjid Bukit Aman telah menganjurkan Kursus Modul Keluarga Sakinah 'Meniti Usia Emas' di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman pada pagi ini.

Majlis berlangsung satu hari bermula seawal 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta serta ketibaan pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM.

Turut hadir pada majlis tersebut YDH DCP Dato' Hj Zamri bin Yahya Timbalan Pengarah E1 (M) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pentadbir ,Masjid Bukit Aman dan merasmikan kursus tersebut.

Berucap pada kursus tersebut, beliau berkata pelancaran ini bermakna PDRM seluruh Malaysia telah mempunyai modul kekeluargaan yang seragam bagi mengaplikasikan Modul Keluarga Sakinah iaitu sebuah modul lengkap berkaitan kekeluargaan bermula dengan persediaan keibubapaan sehinggalah 'Husnul Khatimah'.

Justeru itu, selaras dengan tujuan untuk merealisasikan hasrat pucuk pimpinan sebagaimana yang terkandung dalam Strategi 7 Pelan Integriti Organisasi (PIO) PDRM iaitu memantapkan institusi kekeluargaan warga PDRM, pucuk pimpinan PDRM mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program keluarga Sakinah kepada warga PDRM dengan menggunakan pendekatan Modul Keluarga Sakinah.

Objektif kursus ini:

Memupuk jiwa individu agar menghargai usia emas dengan meningkatkan aktiviti kerohanian, kebajikan dan amal soleh.

- Merangsang semangat dan kemampuan yang sudah mulai pudar dalam diri individu berusia emas.

- Menjalinkan hubungan silaturrahim sesama peserta warga PDRM.

Kursus Keluarga Sakinah Meniti Usia Emas
YDH DCP Dato' Zamhari menyampaikan ucapan..

Kursus Keluarga Sakinah Meniti Usia Emas
upacara penyerahan cenderahati..

Kursus Keluarga Sakinah Meniti Usia Emas
Antara tetamu yang hadir..

Wartawan : L/KPL Khaidzir Mahmad
Jurufoto : Konst Helmi
Penyunting : Insp Md Aruwan Bin Amilah

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 7.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM