Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kunjungan Hormat Tan Sri Razarudin Kepada Ksn Baharu

Published: 26 Aug 2024 11.29 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 26 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu, Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar di pejabatnya dekat Kompleks Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kunjungan-hormat-tan-sri-razarudin-kepada-ksn-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:33 MYT
Putrajaya, 26 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu, Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar di pejabatnya dekat Kompleks Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, di sini.

Pertemuan dua hala itu bertujuan membincangkan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Tan Sri Razarudin turut menzahirkan komitmen penuh warga Pasukan untuk terus bergerak maju ke hadapan seiring dengan hasrat dan harapan kerajaan hari ini.
Di kesempatan tadi, Tan Sri Razarudin yang mewakili warga PDRM sekali lagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Sri Shamsul Azri atas pelantikan beliau sebagai KSN, seterusnya memimpin seluruh barisan penjawat awam dalam negara.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

 
 
ArticlePublished 26 Aug 2024 11.29 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM