
Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis Ke 130
Putrajaya, 26 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) Ke-130 yang diadakan di Bi...
Putrajaya, 26 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) Ke-130 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Satria, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kompleks Setia Perkasa, di sini, petang tadi.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN, selaku Setiausaha SPP, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi.
Intipati yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai isu-isu dalam pentadbiran dan pengurusan warga Pasukan.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Ahli-ahli SPP dan Setiausaha Bahagian SPP, Encik Mohd Khairul Zamalludin
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryan.