Kunjungan Hormat Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Dtsb Ke Atas Kpn
Kuala Lumpur, 24 Julai 2020 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Syarikat Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB), Jeneral (B) Tan Sri Dr. Mohamed Hashim Mohd Ali bersama delegasi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Intipati pertemuan antaranya memperkenalkan DTSB selaku pembekal dokumen keselamatan kerajaan seperti MyKad dan meneroka peluang kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam meningkatkan keselamatan kad kuasa yang digunakan oleh Pasukan.
Hadir sama, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, CP Datuk Saiful Azly Kamaruddin, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah, DCP Tuan Mior Farid Al Atrash Wahid dan para pegawai kanan PDRM.
Sekitar kunjungan hormat daripada Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Syarikat Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB), Jeneral (B) Tan Sri Dr. Mohamed Hashim Mohd Ali ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar kunjungan hormat daripada Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Syarikat Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB), Jeneral (B) Tan Sri Dr. Mohamed Hashim Mohd Ali ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar kunjungan hormat daripada Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Syarikat Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB), Jeneral (B) Tan Sri Dr. Mohamed Hashim Mohd Ali bersama delegasi ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Syarikat Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB), Jeneral (B) Tan Sri Dr. Mohamed Hashim Mohd Ali.
Bergambar kenangan.