
Artikel
Kunjungan Hormat Kpn Ke Atas Timbalan Kppa Pembangunan
Putrajaya, 20 Februari 2023 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Pe...
Putrajaya, 20 Februari 2023 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Timbalan KPPA) (Pembangunan), Dato' Dr. Zulkapli Mohamed di pejabatnya dekat Kompleks Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Blok C, di sini.
Kunjungan yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Alwi Zainal Abidin, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin dan Komander Unit Tindakhas, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi itu berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 13.
Tan Sri Acryl Sani turut mengambil kesempatan tadi mengunjungi Timbalan KPPA (Operasi), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof di pejabatnya.
Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Gaji dan Elaun JPA, Puan Hasmarulaini Omar serta Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perjawatan dan Organisasi JPA, Puan Noor Lunar Md Salleh.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.