Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Isu Tular Polis Siasat Perarakan Bawa Replika Senjata

Diterbitkan: 20 Feb 2023 3.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-polis-siasat-perarakan-bawa-replika-senjata
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:08 MYT
Kuala Lumpur, 20 Februari 2023 - Polis akan menjalankan siasatan mengenai tindakan sekumpulan ahli Pemuda PAS pada acara Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2023 (HIMPIT 2023) di sini pada Jumaat lalu yang turut membabitkan perarakan membawa replika senjata.
Ketua Polis negeri, DCP Dato' Rohaimi Md Isa, berkata polis mengetahui mengenai program itu, tetapi tidak dimaklumkan mengenai perarakan membawa replika senjata.
Katanya, daripada lapan pasukan yang bertanding, hanya satu pasukan yang didapati mengenakan pakaian atau replika senjata.
"Perarakan terutama membabitkan membawa replika senjata pada himpunan HIMPIT 2023 itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan kegusaran kalangan setengah masyarakat.
"Siasatan awal dilakukan mendapati perarakan sempena himpunan HIMPIT diadakan di kawasan resort di daerah Setiu pada Jumaat lalu,” katanya dalam kenyataan semalam.
Dato' Rohaimi menambah, perarakan itu adalah salah satu daripada acara yang dipertandingkan iaitu reka cipta bertemakan pakaian, senjata dan warisan Islam.
“Kita akan menyiasat bagi mengenal pasti kesalahan dilakukan pada program serta perarakan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 20 Feb 2023 3.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM