
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Apmm Ke Atas Kpn
Kuala Lumpur, 7 Februari 2023 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani petang tadi menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil Mat Som di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.
Dato' Mohd Zubil yang tiba bersama delegasi APMM kira-kira jam 3 petang disambut oleh pasukan kawalan kehormatan utama daripada Pasukan Simpanan Persekutuan sebelum membuat pemeriksaan baris di perkarangan Menara 1, Bukit Aman.
Kedua-dua pucuk pimpinan PDRM dan APMM itu kemudiannya beredar ke Bilik Kunjungan Hormat yang terletak di tingkat 31 bagi mengadakan pertemuan rasmi.
Hadir sama Timbalan Pengarah (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteraman Awam, CP Dato’ Khaw Kok Chin dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin.
Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof, Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Bryanlie Mustin