
Artikel
Kunjungan Hormat Delegasi Ipsc Malaysia Kepada Kpn
Kuala Lumpur, 20 Oktober 2021 – Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menerima kunjungan hormat delegasi dari International Pr...
Kuala Lumpur, 20 Oktober 2021 – Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menerima kunjungan hormat delegasi dari International Practical Shooting Association (IPSC) Malaysia yang diketuai oleh Deputy Regional Director IPSC Malaysia, Dato’ Seri Hj. Shafiz Dato’ Hj. Shahrani di Bukit Aman, di sini.
Kunjungan hormat yang turut disertai National Range Officer Institute President Malaysia, Yang Mulia (YM) Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan National Range Officer Institute Deputy President Malaysia, Encik Adrian Salleh Dato’ Hashim itu bertujuan memperkasakan hubungan antara IPSC Malaysia dengan PDRM dalam memajukan sukan menembak praktikal di Malaysia.
Taklimat ringkas juga telah disampaikan oleh YM Tengku Amir Zaki dan antara perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah berkenaan isu lesen senjata api, kejohanan yang boleh dianjurkan oleh PDRM serta adaptasi IPSC dalam latihan kepolisan.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Hazani Ghazali, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid, Komander Unit Tindakhas merangkap Pengelola Sukan Menembak PDRM, SAC Tuan Mohd Khairi Khairudin, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Tuan Kamaruzaman Abdullah dan Timbalan Komander UTK (Operasi) merangkap IPSC PDRM Representative, ACP Tuan Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.
Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan