KUNJUNGAN DELIGASI POLRI KE PULAU LAGENDA MAHSURI
Langkawi, 4 Nov- Deligasi Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI), telah tiba di Pulau Langkawi bersempena Program Pertukaran Personel PDRM-POLRI 2015 yang memasuki hari ketiga dalam rangka lawatan mereka ke negara ini.
Setibanya deligasi POLRI petang semalam, mereka terus dibawa ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi dan disambut oleh Komandan PULAPOL, ACP Aris @ Arif Bin Omar di dalam satu majlis ringkas.
Satu sesi taklimat dan soal jawab telah diadakan di antara kedua-dua pihak berkenaan sejarah, struktur organisasi, tugas, serta unit yang ada di dalam pusat latihan polis.
Pendekatan ini merupakan langkah baik bagi kedua-dua pihak berkongsi pandangan dan menambahbaik kursus mahupun modul dalam latihan kepolisian selain isu-isu keselamatan serantau.
Selesai sesi taklimat tersebut deligasi dibawa melawat ke Gunung Mat Cincang menaiki Kereta Kabel Langkawi.
Dalam rangka lawatan itu juga, deligasi turut dibawa ke jeti Marin Langkawi Bukit Malut untuk bersiar-siar di sekitar kawasan kepulauan dan beramah mesra dengan anggota Pasukan Polis Marin (PPM).
Deligasi akan berada selama lapan hari di sini bertujuan untuk mendedahkan kedua-dua pasukan keselamatan dalam bidang pengurusan kepolisan masing-masing termasuk prosedur kerja, operasi perundangan dan bentuk latihan.
GAMBAR SEPANJANG PROGRAM