Bukit Aman - 5 Mei 2011
Bukit
Aman petang ini telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi New
Zealand terdiri daripada Sir Tim Haughey dan Sir Neil Banks. Turut
mengiringi lawatan ini adalah
Deputy High Commissioner Sir
Brian Smythe. Ketibaan Delegasi New Zealand disambut mesra oleh YDH SAC
Dato' Khariri bin Jaafar, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Ancaman
Ekstremis Luar (E3M), YDH SAC Ramli bin Din, Penolong Ketua Urus Setia
Ketua Polis Negara, YDH ACP Lim Leong Hock, ACP Urus Setia Ketua Polis
Negara dan YDH Supt. Abd Wahab bin Harun, Supt. Urus Setia Ketua Polis
Negara.
Sir
Tim Haughey merupakan seorang Pegawai Polis Petugas Penghubung yang
berpusat di Jakarta, Indonesia. Kini, jawatan beliau akan diambil alih
oleh Sir Niel Banks sebagai Pegawai Polis Petugas Penghubung yang baru.
Oleh yang demikian, beliau berhasrat untuk membuat kunjung hormat ke Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman.
Lawatan
petang ini juga turut menjadi mekanisme jalinan jaringan perpaduan dan
persahabatan yang lebih erat di antara Polis New Zealand dan Polis
DiRaja Malayia.
Lazimnya,
Polis New Zealand dengan PDRM sering berkerjasama membanteras jenayah
antarabangsa. Di samping itu juga, Polis New Zealand pernah menghantar
wakil pegawai polis bagi menghadiri Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa
Ke-36, yang bermula pada 4 Oktober 2010 di Maktab Polis Diraja Malaysia,
Kuala Lumpur.

Ketibaan Delegasi New Zealand disambut mesra oleh Pegawai Kanan Polis

Perbincangan mengenai perkembangan politik negara ...

Dari
kiri ... Sir Niel Banks, Pegawai Polis Petugas Penghubung New Zealand,
Sir Tim Haughey, Pesara Pegawai Polis Petugas Penghubung New Zealand,
YDH SAC Dato' Khariri bin Jaafar, Ketua Penolong Pengarah Seksyen
Ancaman Ekstremis Luar (E3M),
Deputy High Commissioner Sir Brian Smythe dan YDH SAC Ramli bin Din, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara

Sir Brian Smythe sempat bertanya soalan kepada
YDH SAC Ramli bin Din
Pertukaran Cenderahati
Wartawan/Jurufoto : L/kpl Edwind Indo