Article
Kunjung Hormat Pergerakan Mca Ke Atas Kpn
BUKIT AMAN, 1 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Pergerakan Pemuda Malaysian Chinese Association (MCA) Keban...
KUNJUNG HORMAT PERGERAKAN MCA KE ATAS KPN
BUKIT AMAN, 1 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Pergerakan Pemuda Malaysian Chinese Association (MCA) Kebangsaan ke Bukit Aman hari ini.
Delegasi yang diketuai oleh Encik Chong Sin Woon, Pengerusi Pergerakan Pemuda MCA disambut mesra oleh Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara di bilik tetamu.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah CP Dato' Seri Mohamad Fuzi Bin Harun, Pengarah Jabatan Pengurusan, SAC Dato' Ramli bin Din, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Encik Christ Lee Ching Yong, Timbalan Pengerusi Pergerakan Pemuda MCA dan Pegawai Kanan Polis.

YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara menyambut ketibaan tetamu di bilik tetamu



Gambar sekitar kunjung hormat


Majlis penyampaian cenderahati kenangan