Kuantan: Kegiatan kumpulan jenayah 'Zal Sungai Karang' yang terlibat dalam 14 kes kecurian motosikal di daerah ini tumpas selepas lima ahlinya ditahan polis dalam operasi di sekitar bandar ini pada 23 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, penahanan kesemua suspek yang berumur antara 15 tahun hingga 28 tahun itu adalah hasil risikan dan pemantauan yang dilakukan lebih sebulan lalu.
"Hasil soal siasat, mereka mengaku membeli motosikal berkenaan daripada seorang lelaki menyebabkan polis melakukan operasi khas bagi menahannya bersama rakan di sebuah kedai makan " katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Abdul Aziz, kesemua suspek terbabit direman selama seminggu untuk siasatan lanjut.
Sumber: Utusan Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Kumpulan Zal Sungai Karang Tumpas
Kegiatan kumpulan jenayah 'Zal Sungai Karang' yang terlibat dalam 14 kes kecurian motosikal di daerah ini tumpas selepas lima ahlinya ditahan polis dalam operasi di sekitar bandar ini pada 23 Januari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kumpulan-zal-sungai-karang-tumpas
Scan to view the latest live version.