Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kumpulan Mat Kahar Tumpas

Published: 17 Jun 2014 12.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis percaya dapat menyelesaikan 15 kes curi motosikal di daerah ini yang berleluasa sejak dua tahun lalu apabila berjaya menahan ketua kumpulan penjenayah dikenali sebagai ‘Mat Kahar’..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kumpulan-mat-kahar-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:34 MYT

PEKAN 1 Februari 2012. – Polis percaya dapat menyelesaikan 15 kes curi motosikal di daerah ini yang berleluasa sejak dua tahun lalu apabila berjaya menahan ketua kumpulan penjenayah dikenali sebagai ‘Mat Kahar’ baru-baru ini.

Polis turut menahan lima lagi suspek yang merupakan ahli kumpulan itu yang terlibat dalam kegiatan itu sejak November lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, polis menemui semula rangka motosikal yang dicuri oleh kumpulan terbabit di Sungai Tambun di sini dan motosikal yang dicuri itu dijual kepada rakan terdekat.

“Lima ahli kumpulan itu ditahan secara berperingkat-peringkat. Terbaru, ketua kumpulan itu ditahan pada 19 Januari lalu.

“Kumpulan ini dipercayai dianggotai seramai 10 orang ahli. Polis sedang memburu lima lagi ahli yang sudah dikenal pasti bagi membantu siasatan polis,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Daerah Pekan, Asisten Supritendan Mansor Shamsuddin

Yahaya berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 20-an dan ada di antara mereka lepasan sebuah institut kemahiran di daerah ini.

Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

ArticlePublished 17 Jun 2014 12.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM