Ledang
- Satu kumpulan mencuri motosikal didalangi pelajar sekolah dan
penuntut kolej kemahiran yang aktif di sekitar daerah ini dan Melaka
sejak setahun lalu tumpas.
Ia berikutan lapan remaja, tiga daripadanya masih bersekolah dan dua penuntut kolej kemahiran ditahan baru-baru ini.
Ketua
Polis Daerah Ledang Superintendan Harun Idris berkata, kumpulan
berkenaan terlibat dalam pelbagai kes curi serta menjual komponen
motosikal sebelum ini bermaharajalela melakukan kegiatan itu di Ledang,
Muar, Jasin dan Melaka Tengah, Melaka.
Tambahnya, penahanan lapan suspek itu dipercayai dapat menyelesaikan sebanyak 11 kes kecurian di empat daerah terbabit.
Jelasnya,
kesemua kes berkenaan membabitkan kerugian hampir RM50,000 dan kesemua
suspek tersebut direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 A
(1).

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo