Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kumpulan Culik Tumpas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ketua Polis Johor, CP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff berkata, bertindak di atas maklumat dan risikan, polis berjaya menangkap suspek-suspek berumur lingkungan 21 tahun dan 46 tahun..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kumpulan-culik-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:22 MYT

Johor Bahru - 25 September 2009. Polis Johor berjaya menahan sekumpulan lelaki termasuk seorang wanita dipercayai suspek kes penculikan seorang lelaki ahli perniagaan berusia 51 tahun di Kangkar Pulai dua minggu lalu dengan menuntut wang tebusan RM280,000.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff berkata, bertindak di atas maklumat dan risikan, polis berjaya menangkap suspek-suspek  berumur lingkungan 21 tahun dan 46 tahun. Berikutan penahanan suspek, sejumlah wang tebusan RM104,950 telah dirampas.

Kesemua 10 suspek di dakwa di mahkamah pagi semalam mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM