Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kumpulan Culik Tumpas

Published: 13 Jun 2014 2.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ketua Polis Johor, CP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff berkata, bertindak di atas maklumat dan risikan, polis berjaya menangkap suspek-suspek berumur lingkungan 21 tahun dan 46 tahun..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kumpulan-culik-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:46 MYT

Johor Bahru - 25 September 2009. Polis Johor berjaya menahan sekumpulan lelaki termasuk seorang wanita dipercayai suspek kes penculikan seorang lelaki ahli perniagaan berusia 51 tahun di Kangkar Pulai dua minggu lalu dengan menuntut wang tebusan RM280,000.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff berkata, bertindak di atas maklumat dan risikan, polis berjaya menangkap suspek-suspek  berumur lingkungan 21 tahun dan 46 tahun. Berikutan penahanan suspek, sejumlah wang tebusan RM104,950 telah dirampas.

Kesemua 10 suspek di dakwa di mahkamah pagi semalam mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM