Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan

Published: 11 Jul 2014 1.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Pendedahan, pengalaman dan cabaran yang dilalui sepanjang pertandingan ini akan terus dimanfaatkan sehingga ia berupaya mencetus satu anjakan dari segi prestasi dan budaya kerja terutamanya dalam men..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kreativiti-dan-inovasi-tonggak-merekayasa-kepolisan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:28 MYT
KREATIVITI DAN INOVASI TONGGAK MEREKAYASA KEPOLISAN
Berita : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan & Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan

Seremban, 25 Jun 2014 - "Pendedahan, pengalaman dan cabaran yang dilalui sepanjang pertandingan ini akan terus dimanfaatkan sehingga ia berupaya mencetus satu anjakan dari segi prestasi dan budaya kerja terutamanya dalam mengukuhkan bidang-bidang yang kritikal", ucap YDH DCP Dato' Haji Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan ketika merasmikan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PDRM Tahun 2014 di Hotel Royale Bintang, Seremban pada 24 Jun 2014.

Sebanyak 13 pasukan telah bertanding di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PDRM Tahun 2014 yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori Pengurusan ( 5 pasukan) dan Kategori Teknikal ( 8 pasukan).

Bertemakan 'Kreativiti dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan' Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PDRM Tahun 2014 adalah satu inisiatif PDRM untuk menerapkan konsep 'knowledge-based dan creativity-driven' bagi membolehkan organisasi menghasilkan inovasi yang akan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan kepolisan yang turut menyumbang faedah terhadap masyarakat.

Semenjak diperkenalkan serta diimplimentasikan pada tahun 2001 dan diperkembangkan selepas tahun 2011, PDRM telah menghasilkan sebanyak 172 produk inovasi yang dapat digeneralisasi di pelbagai peringkat dari tahun 2001 hingga 2013.

Antara kejayaan yang dicapai oleh PDRM, Kumpulan TARGET dari Briged Utara PGA telah muncul sebagai Johan dalam Konvensyen KIK Peringkat Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2013 bagi Kategori Teknikal manakala Kumpulan Bunga Api dari Jabatan Logistik (Persenjataan) mengorak selangkah ke hadapan dengan meraih Anugerah 3 Bintang iaitu 10 Produk Terbaik dalam Kategori Sektor Awam di Konvensyen Innovative and Creative Circle (ICC) Peringkat Kebangsaan 2013 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Kejayaan tersebut telah melayakkan Kumpulan Bunga Api untuk bertanding di Konvensyen International Exposition On Team Excellence (IETEX) 2014 bagi mewakili Malaysia di Singapura pada 25 hingga 27 Jun 2014.

Turut hadir di majlis perasmian tersebut ialah SAC Dato’ Zainal Abidin bin Kasim, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), SAC Dato’ Shamsiah binti Mohd Shariff, SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), ACP Haji Izhar bin Othman, Ketua Cawangan Khas IPK Negeri Sembilan, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota PDRM.

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PDRM Tahun 2014

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Majlis Perasmian disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negeri Sembilan...

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Antara yang hadir...

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Ahli Jawatankuasa Kerja.....

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Ucapan oleh YDH SAC Dato’ Zainal Abidin bin Kasim, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan)

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Ucapan perasmian oleh YDH DCP Dato' Haji Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Gimik perasmian....

Memperkenalkan pasukan...

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Barisan panel penilai dan pencatit masa...

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kumpulan WISE dari IPD Petaling Jaya, merekabentuk dan mencipta ruang penyimpanan peralatan SJR Kit Box

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kumpulan LABOUR dari Batalion 8 PGA dengan tajuk projek, pengurangan kos elektrik disebabkan penggunaan pendingin hawa

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Persembahan Kumpulan Top Gear..Sistem amaran awam enjin

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Persembahan Kumpulan Progresif dari Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan tajuk projek : Kesukaran dalam mengawal dan mengesan pergerakan fail

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kumpulan Rated-X dari Jabatan Logistik Kontinjen Sarawak, Tajuk Projek : Masalah yang dihadapi oleh anggota Unit Pemusnah Bom

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kumpulan U-7 dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Seremban. Tajuk Projek : Kerosakan peralatan dalam kabin enjin pam disebabkan limpahan air

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kumpulan Stay Focused dari Kompleks SMS PDRM. Tajuk Projek : Pol. 41 Apps

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kumpulan T-Malim dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjong Malim, Slim River, Perak. Tajuk Projek : Casing Protector

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kumpulan ICom dari Bahagian Komunikasi Jabatan Logistik Bukit Aman. Tajuk projek : Intruder Monitoring Sensor

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kumpulan X-Calibur dari Bahagian Persenjataan Jabatan Logistk Bukit Aman. Tajuk projek : Membina robotic vehicle yang ekonomik

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kumpulan InfoT dari Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Logistk.Tajuk projek : Laman Interaktif Trafik

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kumpulan My Stripe dari Cawangan Trafik Bukit Aman .Tajuk projek : Pendaftaran Saman Pol. 170A Had laju kurang memuaskan

Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Kumpulan D' Cradle dari Bahagian Teknologi Maklumat, Maktab PDRM Kuala Lumpur. Persembahaan kumpulan dengan projek, Sistem Kursus dan Integrasi Latihan MPDRMKL
ArticlePublished 11 Jul 2014 1.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM