
Artikel
Kppa Adakan Lawatan Kerja Sulung Ke Bukit Aman
Kuala Lumpur, 18 Disember 2020 – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengadakan lawatan kerja sulung beliau ke Ibu Pe...
Kuala Lumpur, 18 Disember 2020 – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengadakan lawatan kerja sulung beliau ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Lawatan kerja berkenaan adalah bertujuan mengeratkan hubungan dua hala antara dua jabatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), selain membincangkan isu-isu berkaitan perjawatan, elaun dan penambahbaikan skim perkhidmatan serta isu bahagian latihan PDRM dalam usaha memperkasakan Pasukan.
Turut hadir, Ketua Komunikasi Korporat JPA, Tuan Jaafar Jantan, Pegawai Khas KPPA, Puan Joanne Teddy Chian, Ketua Penolong Pengarah JPA, Tuan Azery Sakawi, barisan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, para pegawai JPA, pegawai kanan serta anggota PDRM.
Bergambar kenangan.
Sekitar pemeriksaan baris oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman menandatangani buku pelawat.
Sekitar lawatan kerja Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.