Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Ziarah Jenazah Anak Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman

Published: 09 May 2025 6.16 AM Updated: 15 Aug 2026 8.04 PM
Kuala Lumpur, 9 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menziarahi jenazah Allahyarhamah Ayuni Amirah Datuk Ibrahim, anak kepada Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman, CP Datuk Ibrahim Darus di Madrasah At-Thoiyibah, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-ziarah-jenazah-anak-timbalan-pengarah-cawangan-khas-e1-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:11 MYT
Kuala Lumpur, 9 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menziarahi jenazah Allahyarhamah Ayuni Amirah Datuk Ibrahim, anak kepada Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman, CP Datuk Ibrahim Darus di Madrasah At-Thoiyibah, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.

Tan Sri Razarudin turut menyertai solat jenazah bersama ahli keluarga, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ahli kariah sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang Jaya, Selangor untuk dikebumikan.

Allahyarhamah Ayuni Amirah, anak sulung daripada dua beradik, menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Ampang Puteri malam tadi akibat severe pneumonitis dan kegagalan organ dalaman.

Turut hadir, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Hj. Khalid Hj. Ismail, serta Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud.

Seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Ibrahim dan keluarga atas kehilangan insan tercinta. Semoga roh Allahyarhamah Ayuni Amirah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 9 people, dais and text

May be an image of 7 people and text
ArticlePublished 09 May 2025 6.16 AMUpdated 15 Aug 2026 8.04 PM