
Artikel
Kpn Ziarah Anggota Polis Cedera Ditikam
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail meluangkan masa menziarahi seorang anggota dari Balai Polis Pudu,...
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail meluangkan masa menziarahi seorang anggota dari Balai Polis Pudu, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju yang cedera ditikam ketika bertugas, di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini, pagi tadi.
Ketibaan Dato' Sri Hj. Mohd Khalid telah disambut oleh Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Mohamed Usuf Jan Mohamad.
Koperal Mohd Nadzri Sudiman yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik, mengalami kecederaan di perut akibat ditikam semasa sedang membuat pemeriksaan ke atas seorang lelaki di Pasar Pudu, Jalan Yew Pudu semalam.
Turut hadir dalam lawatan tadi ialah Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Kamaruzaman Abdullah, Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, SAC Suffian Sulaiman dan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim Ismail.
Jurugambar: Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Basri




