Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Santuni Petugas Media Perkukuh Hubungan Strategik

Diterbitkan: 01 Aug 2025 6.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Media Tahun 2025 yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman dekat sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-santuni-petugas-media-perkukuh-hubungan-strategik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:38 MYT
 
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Media Tahun 2025 yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman dekat sini.

Majlis itu menjadi medan mempererat jalinan kerjasama strategik antara PDRM dan pengamal media, sejajar usaha memperkukuh sinergi dalam menegakkan keadilan serta menjamin keselamatan dan keamanan negara secara kolektif. Ia turut mengiktiraf peranan media sebagai penghubung antara institusi polis dan masyarakat.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menegaskan bahawa tanggungjawab media bukan sekadar mencari berita untuk liputan, tetapi menjadi medium penting dalam menyemai persefahaman, menyampaikan maklumat yang tepat serta membina kesedaran masyarakat tentang pentingnya keselamatan dan kedaulatan negara.

Jelasnya kerjasama yang erat antara pasukan keselamatan dan media amat penting bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan imej institusi, pemimpin negara dan kestabilan negara.

Majlis tersebut turut dihadiri barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Mohamed Usuf Jan Mohamad, pegawai kanan PDRM serta wakil daripada pelbagai agensi media arus perdana dan digital.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim

May be an image of 8 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 3 people and text


ArtikelDiterbitkan 01 Aug 2025 6.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM