Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Tunaikan Solat Jumaat Bersama Warga Pdrm Di Masjid Bukit Aman

Diterbitkan: 04 Jul 2025 9.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 4 Julai 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menunaikan solat Jumaat bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tunaikan-solat-jumaat-bersama-warga-pdrm-di-masjid-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:29 MYT
Kuala Lumpur, 4 Julai 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menunaikan solat Jumaat bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman, di sini.

Beliau bersama warga kerja Pasukan mendengar khutbah Jumaat bertajuk “Menggalas Ikhlas Kesempurnaan Dibalas” yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, SAC Mohd Zakarim Abdullah yang menyentuh perihal keikhlasan melaksanakan tanggungjawab oleh umat Islam dalam beribadah, berkhidmat dan berinteraksi dalam kehidupan seharian. Sementara itu, solat Jumaat tadi telah dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Wan Mohamad Amzar Fitri Wan Azlan.

Turut hadir ialah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari Abdul, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), JIPS Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim serta warga kerja PDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin & Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 10 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 1 person, golfing, crowd and text

May be an image of 5 people and text
ArtikelDiterbitkan 04 Jul 2025 9.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM