
Artikel
Artikel Pilihan Kumpulan Whatsapp Medium Militan Bangladesh Rekrut Ahli Kumpul Dana Untuk Is Kpn
Kuala Lumpur, 4 Julai 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan kira-kira 100 ke 150 warga Bangladesh berada dalam kumpulan sembang WhatsApp yang diperca...
Kuala Lumpur, 4 Julai 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan kira-kira 100 ke 150 warga Bangladesh berada dalam kumpulan sembang WhatsApp yang dipercayai dicipta khusus bagi menyebarkan ideologi dan propaganda ekstremis.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, perkara itu terbongkar hasil siasatan dilakukan pihaknya susulan penahanan 36 warga Bangladesh yang disyaki terbabit secara aktif dalam kumpulan militan radikal asing yang berpangkalan di negara ini.
Beliau mengesahkan 36 yang ditahan pihaknya itu turut menganggotai kumpulan WhatsApp sama, yang antara lain bertujuan untuk merekrut ahli dipercayai bagi mengumpul dana untuk disalurkan bagi kegiatan ekstremis Islamic State (IS) di Syria dan Bangladesh.
"Memang terdapat sejumlah wang dihantar ke negara asal untuk tujuan yang saya katakan tadi.
"Kita masih lagi dalam siasatan, kita tidak boleh mendedahkan jumlah dana yang dikumpul kerana peringkat ini berada di mahkamah.
"Nama-nama individu, latar belakang keluarga dan sebagainya tidak boleh didedahkan, kita masih lagi memerlukan masa untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut," katanya pada sidang media di sini, hari ini.