Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Tinjau Pusat Operasi Nsrc

Published: 12 Dec 2025 8.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cyberjaya, 12 Disember 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini melakukan tinjauan ke Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Menara 2, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tinjau-pusat-operasi-nsrc
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:44 MYT

Cyberjaya, 12 Disember 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini melakukan tinjauan ke Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Menara 2, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini.

Hadir mengiringi beliau ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa.

Dalam lawatan kira-kira satu jam itu, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid mendengar taklimat operasi dan hala tuju NSRC yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Siber & Multimedia) JSJK, ACP Zulkeflee Sulaiman, sebelum meninjau secara langsung pelaksanaan operasi pusat berkenaan yang berperanan menangani kes penipuan kewangan dalam talian di negara ini.

Terdahulu, beliau turut meninjau perkembangan kerja-kerja pengubahsuaian NSRC di aras 8.

Seusai taklimat, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid turut melawat Pusat Panggilan (Aduan) bagi meneliti peranan, struktur dan mekanisme penyelarasan aduan yang dilaksanakan oleh pusat berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Tuan Sazilee Abdul Khairi, para pegawai kanan JSJK dan NFCC serta wakil Bank Negara Malaysia dan SKMM.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of text that says 'NSRC 997 NATI IONAL NATIONALSCAMRESPONSECENTRE SCAM RESPONSE CENTRE ・国泉出園 Le E የዲዱ EC'

May be an image of one or more people and text

May be an image of table and text

May be an image of one or more people, newsroom and text

May be an image of text that says '線 H DR'


ArticlePublished 12 Dec 2025 8.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM