Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Tinjau Penugasan Keselamatan Pdrm Pada Hari Terakhir Lawatan Rasmi Presiden Republik Rakyat China

Published: 17 Apr 2025 9.19 AM Updated: 15 Aug 2026 8.05 PM
Putrajaya, 17 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain membuat tinjauan melalui udara bagi melihat penugasan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari terakhir lawatan rasmi Presiden Republik Rakyat China, H.E. Xi Jinping ke Malaysia, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tinjau-penugasan-keselamatan-pdrm-pada-hari-terakhir-lawatan-rasmi-presiden-republik-rakyat-china
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:44 MYT
Putrajaya, 17 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain membuat tinjauan melalui udara bagi melihat penugasan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari terakhir lawatan rasmi Presiden Republik Rakyat China, H.E. Xi Jinping ke Malaysia, hari ini.

Tan Sri Razarudin membuat tinjauan seawal jam 9.15 pagi dari Helipad, Presint 6, di sini, dengan menaiki helikopter jenis AW139 milik Pasukan Gerakan Udara gv yang dipandu Juruterbang, Superintenden Shaifuddin Mohd Noor dan dibantu Pembantu Juruterbang, DSP Muhammad Amir Isa.

Tinjauan yang mengambil masa hampir sejam itu meliputi lokasi-lokasi sekitar Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, termasuk laluan pergerakan acara.

Turut hadir, Penolong Komander (Operasi) Unit Tindakhas Bukit Aman, Superintenden Mohammad Khairani Khalid dan para pegawai kanan.

Terima kasih diucapkan kepada kesemua petugas PDRM atas komitmen tinggi sepanjang acara berlangsung bagi memastikan kesiapsiagaan keselamatan sentiasa pada tahap yang terbaik.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 1 person and helicopter

May be an image of 1 person, helicopter and text that says 'ရု RAZARUDI POLI'

May be an image of 3 people and helicopter

May be an image of aircraft

May be an image of road

ArticlePublished 17 Apr 2025 9.19 AMUpdated 15 Aug 2026 8.05 PM