Article
Kpn Tinjau Pembinaan Fasa Akhir Muzium Polis Negeri Sabah
Kota Kinabalu, 13 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Datuk Seri Panglima Razarudin Husain hari ini mengadakan lawatan ke bangunan Muzium Polis Neg...
Kota Kinabalu, 13 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Datuk Seri Panglima Razarudin Husain hari ini mengadakan lawatan ke bangunan Muzium Polis Negeri Sabah bagi meninjau perkembangan terkini pembinaan yang kini berada di fasa akhir pembinaan.
Muzium yang terletak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah ini dibangunkan dengan menukar fungsi sebuah bangunan pentadbiran lama di IPK Sabah yang tidak lagi digunakan.
Bangunan berkenaan kini sedang melalui proses ubah suai untuk dijadikan pusat informasi serta penceritaan sejarah kepolisan di negeri Sabah. Ia dijangka beroperasi dan dibuka kepada orang ramai pada akhir bulan Julai ini.
Muzium ini dijangka menjadi satu lagi mercu tanda penting yang bukan sahaja menampilkan sejarah dan evolusi kepolisan di Sabah, malah berperanan sebagai pusat pendidikan dan rujukan kepada masyarakat umum, khususnya generasi muda.
Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam(WCB/PSK) Bukit Aman, SAC Mohammad Azlin Hj. Sadari dan Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am, SAC Datuk Abdul Rani Alias.
Jurugambar: Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin