Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Tinjau Daerah Terjejas Banjir Di Kontinjen Terengganu

Published: 01 Jan 2022 11.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Dungun, 1 Januari 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini membuat tinjauan operasi banjir yang dilaksanakan oleh Polis Terengganu di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Jongok Batu, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tinjau-daerah-terjejas-banjir-di-kontinjen-terengganu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:12 MYT

#OPBANJIR

Dungun, 1 Januari 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini membuat tinjauan operasi banjir yang dilaksanakan oleh Polis Terengganu di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Jongok Batu, di sini.

Beliau tiba pada jam 12.00 tengah hari tadi meninjau PKTK dan seterusnya mendengar taklimat berkaitan operasi yang telah dan sedang dijalankan Polis Daerah Dungun oleh Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah.

Sejurus selesai, beliau telah mengadakan sidang medianya bersama-sama rakan wartawan tempatan yang hadir.

Terdahulu, KPN telah ke beberapa lokasi untuk meninjau keadaan terjejas dan seterusnya melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa-mangsa banjir di dalam daerah tersebut.

Beliau yang turut diiringi Ketua Polis negeri, DCP Dato' Rohaimi Md Isa telah melawat PPS Kampung Pasir Raja dan menyantuni 69 mangsa banjir ditempatkan di situ.

Hadir sama Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Tuan Kamaruzaman Abdullah serta Ketua Penolong Pengarah (Krisis/Bencana) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC Tuan Ahmad Zailani Yaacob.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin

May be an image of 1 person and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of 1 person and outdoors

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people, outdoors and text that says 'ACRYL SANI POLIS ROHAIMI POLIS BAHAR'

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'RMCF A ム ACRYL SANI POLIS IRDAUS'

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing, outdoors and text

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of 6 people and people standing


ArticlePublished 01 Jan 2022 11.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM