
Article
Kpn Timbalan Kpn Serikan Majlis Interaksi Bersama Yang Di Pertua Dewan Negara
Kuala Lumpur, 17 Julai 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi...
Kuala Lumpur, 17 Julai 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi undangan ke Majlis Interaksi bersama Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang diadakan di Dewan Banquet, Parlimen, malam tadi.
Antara tetamu kenamaan yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed.
Majlis tersebut merupakan pertemuan sulung Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bersama barisan Senator Ahli Dewan Negara dan ketua-ketua agensi kerajaan sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-19 pada 19 Jun lalu.
Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi turut menyampaikan aspirasi beliau berkaitan peranan Dewan Negara sebagai mekanisme semak dan imbang bagi mengawal selia badan eksekutif dengan lebih efektif.
Hadir sama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din serta Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Sri Azri Ahmad dan pengamal media.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid










