Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Tiba Di Shanghai Mulakan Lawatan Kerja Ke China

Diterbitkan: 18 Nov 2024 9.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shanghai, 18 November 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain tiba di Pusat Pentadbiran Penguatkuasaan Undang-undang Shanghai bagi memulakan lawatan kerja rasmi beliau ke China, kira-kira jam 10.00 pagi tadi waktu tempatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tiba-di-shanghai-mulakan-lawatan-kerja-ke-china
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:45 MYT
 
Shanghai, 18 November 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain tiba di Pusat Pentadbiran Penguatkuasaan Undang-undang Shanghai bagi memulakan lawatan kerja rasmi beliau ke China, kira-kira jam 10.00 pagi tadi waktu tempatan.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pusat Penguatkuasaan Undang-undang dan Pengendalian Kes Cawangan Putuo, Mr. Wu Yifei sebelum mengadakan perbincangan empat mata di pejabatnya.

Seusai perbincangan hampir sejam tadi, Tan Sri Razarudin bersama delegasi turut dibawa melawat ke beberapa fasiliti yang ditempatkan dalam pusat pentadbiran berkenaan. Antaranya, Shanghai Child Interview Center, makmal analisa dadah, barang kes jenayah kekerasan dan komersil, mahkamah simulasi serta bilik rawatan polis.

Tan Sri Razarudin percaya beberapa fasiliti dan teknologi terkini yang terdapat di pusat pentadbiran tersebut, boleh diaplikasikan di Malaysia bagi tujuan meningkatkan lagi mutu penyiasatan dalam negara.

Tan Sri Razarudin kini berada di Republik Rakyat China sehingga Selasa depan dan beliau dijangka mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Shanghai pada tengahari.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Roze Shaari, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy dan Superintenden Perhubungan Antarabangsa Bukit Aman, Superintenden Loh Pei Pei.

May be an image of 2 people and text

May be an image of 1 person, the Oval Office and text

May be an image of 8 people, suit, newsroom and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people and text
ArtikelDiterbitkan 18 Nov 2024 9.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM